Monday 14 November 2011

Assalammualaikum dan hello super human!
Ingin dimaklumkan bahawa blog ini akan tergendala seketika
akibat tuan empunya blog ni nak sambung belajar.
HARAP MAKLUM :)


Tuesday 8 November 2011

Curitan Hati

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,

Pertama sekali saya ingin minta maaf kerana tidak 'update' pada hari Isnin hari itu.
Bukan sengaja tetapi masih lagi menyambut Aidil-adha dan ingin membeli sedikit
peralatan untuk memasuki ke alam Universiti kelak.

Jadi, mungkin ketika saya berada di dalam Universiti,
mungkin tidak dapat 'update' seperti yang dijanjikan.
Tetapi aku akan usahakan, kerana blog ini mungkin akan memberi sesuatu
kepada setiap insan.

aku ingin ceritakan sehingga hari terakhir aku di dalam PLKN,
boleh la anak cucu aku baca blog ini nanti.
Itu hanya angan-angan besar sahaja.

Apa-apa pun bolehlah hantar sebaran soalan dan idea kepada
nur.aqalili.93@gmail.com.

Sejuta Belia? betulkah?

Program pertama kami berjalan-jalan.

Saturday 5 November 2011


Saya, Nur Aqalili Binti Azizan ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam.
Wah! ini merupakan tahun pertama riangplkn menyambut sesuatu lebaran.

Friday 4 November 2011


Pesanan ketika anda berada di dalam PLKN :

1.       Berkenalan lah dengan semua rakan seperjuangan anda di sana.
2.       Hormat-menghormati antara satu sama lain.
3.       Jadilah diri anda sendiri, kerana setiap manusia mempunyai kelebihan mereka sendiri.
4.       Jaga barang berharga anda ketika berada di sana.
5.       Bagi yang muslim, rajin-rajin menunaikan solat.
6.       Jaga tingkah laku anda di sana kerana tempat orang, apa-apa boleh terjadi.
7.       Jadilah pelatih wira atau wirawati yang berguna ketika berada di dalam kem.
8.       Aktifkan diri dalam setiap aktiviti, mana lah tahu anda akan dapat anugerah akhir nanti?
9.       Disiplin kan diri dengan setiap peraturan yang ada.
10.   Bergembiralah ketika anda berada dalam kem, tidak rugi apa-apa pun.

Wednesday 2 November 2011

Siapakah Gerangan Tersebut ?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
minta maaf atas kelambatan 'post' hari ini.

Apa-apa pun, nampak tak gambar di bawah ini?
Cuba teka, nanti ada hadiah menanti :)

Ada kisah di sebalik benda.

Sunday 30 October 2011

Tiba Masanya

17 Mei 2011

Tarikh itulah masanya untuk aku bertolak ke PLKN selama 3 bulan. Aku rasa gementar kerana buntu dengan apa yang akan berlaku dan rasa seronok dengan cabaran yang akan menanti aku.

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun, menunaikan solat subuh. Dalam pukul 7.00 pagi bertolak dari rumah berjalan kaki disebabkan Stadium MPS tu dekat sangat dengan rumahku.

Sudah sampai aku di MPS, terkejut aku dibuatnya sebab ramai juga pelatih yang senasib denganku. Kemudian, aku pergi ke khemah yang ada tanda ‘KEM MILLENIUM’. Seiingat aku Cikgu Fiq dan Cikgu Erma yang ada di situ.

Samar-samar lagi aku ingat bahawa aku ni datang lewat sedikit sebab bas sudah hendak bertolak masa aku tiba. Tersengih-sengih aku dibuatnya, itulah rumah dekat, hendak buat macammana.

Apabila aku sudah letak beg ku di bawah bas, aku ternampak tiga rakan sekolahku, terkejut aku kerana kami akan menetap di kem yang sama. Selesai bersalaman dengan ayah dan ibu serta abang dan adik aku, aku pun melangkah naik ke dalam bas.

Aku duduk di sebelah pelatih yang bernama Niesa. Aku tahu nama dia sahaja pada permulaannya disebabkan aku tengok mukanya yang tiada mood. Macammana aku tahu dia tiada mood? Entahlah aku anggarkan sahaja .

Tunggu punya tunggu, akhirnya Cikgu Fiq naik atas bas dan menghulurkan sehelai sampul surat, di dalamnya ada RM 10. Selesaikan Cikgu membuat semakan nama, bertolaklah kami.

Sebelum tu aku ada telefon adik aku dan beritahu dia supaya memuat turunkan cerita korea ‘Running Man’ dan ‘Family Comes Here’ ketika aku berada di dalam PLKN. Merepek juga aku ni.

Selamat tinggal Selayang ku Selayang, melambai-lambailah kami. Aku akan ingat pesanmu Ibu. 


Dalam Perjalanan

Tiada satu suara manusia pun yang aku dengar ketika di dalam bas. Semuanya melayan perasaan sendiri. Aku ingat hendak memulakan perbualan tapi tidak apalah aku pun hendak melayan perasaan aku jugak.


Dengan ‘ipod nano’ aku serta buku ‘Seni Bahasa Badan’, aku pun melayan diri. Bila aku rasa loya sahaja, aku tutup buku, dan memandang jalan raya. Semasa aku termenung aku memasang tekad untuk menjadi yang terbaik di dalam PLKN .


Setibanya aku di Kem Millennium, Beranang.

‘Wah!’ itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku ketika aku turun dari bas.
Aku pun turun dari bas dan mengambil beg aku.

‘Mak ai, macammana aku nak angkat beg aku sorang-sorang ni, jauh tu’ mengomel aku seorang diri. Nasib baik ada kawan yang menolongku, namanya ‘Seri Dian’.


Kami ke satu bilik untuk diperiksa barang oleh jurulatih. Barang yang tidak dibawa masuk ke dalam kem adalah pisau, gunting, rokok, dadah dan selanjutnya. Oh, tidak lupa juga MAGGI.

Maggi aku diambil dan akan dipulangkan semula. Selamat tinggal maggiku. 


Selepas itu, kami berganjak ke satu bilik lagi. Di bilik tersebut kami dikehendaki mengisi borang dan beratur untuk memberi telefon bimbit kami justeru diberitahu tentang penempatan kami. Sekali lagi, selamat tinggal telefon bimbitku.


Sudah habis mengucapkan selamat tinggal, kami berganjak ke bilik pertama dan mengambil beg kami. Sebelum kami ke dorm sendiri, kami dikehendaki timbang berat dan mengukur ketinggian.


Selepas inilah, baru kami ke dorm kami. Semasa berjalan, aku rasakan begitu jauhnya perjalanan kami. Dorm wirawati terletak berhampiran dengan ‘Dewan Makan’.


Semasa berjalan mengikuti dewan makan, mata-mata manusia yang sedang duduk mendengar lagu PLKN meliar memandang kami. Takut, itulah perasaan aku ketika itu.
Tibanya aku di DORM F, aku disambut mesra oleh ‘Kila’. Aku pun memilih katil dan simpan segala peralatan aku. Percaya atau tidak, aku buat macam rumah aku sendiri sahaja.

akan bersambung . . . 

Mutiara kata :
 "Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil."